Hobi - hobi Dalam Radio Amatur ()
Radio amatur adalah satu nama bagi sifat, perbuatan dan juga gelaran bagi hobi eksperimentasi teknologi tanpa wayar, penerokaan frekuensi radio dan aktiviti berkaitan. Mereka yang terjerumus di dalam bidang ini dipanggil operator radio amatur. Radio amatur bukanlah barang atau peralatan, sebaliknya ia adalah kata nama khas bagi definasi di atas.
Dalam tajuk besar radio amatur terdapat beberapa lagi hobi di bawahnya. Antara sub hobi tersebut adalah:-
-
Ragchew - ragchew adalah hobi bersembang atau berbincang di udara mengenai perkara-perkara yang melibatkan radio amatur ataupun perkara yang melibatkan operasi radio amatur itu sendiri. Ragchew lebih kepada perbincangan teknikal, hal-hal peribadi yang tidak keterlaluan, aktiviti radio amatur dan lain-lain. Selalunya operator radio amatur lebih gemar ragchew di dalam mod suara, mod CW yang menggunakan kod Morse dan ada segelintir yang gemar menggunakan mod digital.
-
Membina antenna - antenna merupakan perkara asas d