Skip to content

Instantly share code, notes, and snippets.

@RobbiNespu
Created February 23, 2022 10:27
Show Gist options
  • Save RobbiNespu/6c20fdfdb3e449f3704e917fae7d9782 to your computer and use it in GitHub Desktop.
Save RobbiNespu/6c20fdfdb3e449f3704e917fae7d9782 to your computer and use it in GitHub Desktop.
Academia Vs Industry
Saya dah 2-3 hari ni suka tengok video perkongsian para ahli akademik yang komplen berkenaan sistem di universiti yang ada masalahnya, lebih baik masuk industri. Maka mereka hijrah keluar masuk industri.
[Video ada di bawah komen]
Saya nak cerita berdasarkan video2 yang saya tonton.
Akademia dalam konteks post ini ialah graduate school, maknanya level master & phd.
Universiti "sepatutnya bersedia" untuk terima student macam saya yang datang dari industri dan dalam keadaan bersedia. Kalau saya fail dalam master saya, saya tade masalah, saya tak perlukan universiti, saya boleh hidup seperti biasa. Universiti pulak rugi sebab tak mampu nak handle ilmu yang terkini dari industri, tak mampu nak retain talent.
Industry untung, universiti rugi = 1-0
Bila saya baca research papers dalam bidang saya iaitu quantitative science, terutamanya yang melibatkan financial engineering, saya belum jumpa 1 paper yang betul2 bertaraf innovation. Abes tu paper nya macam mana rupa? Paper yang ada lebih kepada nak tunjuk researcher mahir pakai tools / machine statistik, pakai teori dari bidang lain masuk ke bidang dia, tiada originality. Kebanyakkan paper kalo ada novelty pun, ia bersifat sesuai untuk level undergrad baca sebagai bahan citation.
Jadi sudahnya ada tak research yang anda buat bertaraf commercial atau sumber rujukan awam / industri?
Dapat geran, dah.
Menang medal, dah.
Tak bolehkah jana pendapatan dengan inovasi yang anda cipta?
Tak boleh kot.
Industry 2 - 0 Akademia
Last sekali, saya jumpa satu doktor muda, phd dalam bidang kewangan lulusan oversea. Sembang2, ngeteh cerita pasal innovation saya. Saya tengok dia kaji pasal stock market, tapi support & resistant pun tak tahu. Orang2 akademia ni reti apa sebenarnya sampai ditabalkan sebagai "pengkaji bertauliah"? Saya bagitau doktor tu, dia tiada tempat dalam industri. Dia pun akur, faham. Sudahnya dia pun mengaku akademia is all about tulis paper, kejar berapa banyak citation. Bingo! Last2 dia kata "Jangan panggil saya doktor, panggil saja nama saya."
Industry 3 - 0 Akademia
Buatlah kajian yang datangkan manfaat kepada masyarakat. Kalau setakat nak kejar citation, takut nanti mati, bangkit dari kubur dalam keadaan fakir. Kita dok ingat orang cite paper kita, kita dapat pahala. Rupanya ilmu dalam paper tu di sisi Allah swt tiada manfaat. Sia2 umur ALLAH bagi atas dunia.
Fikir2kanlah.
Apa maksud industri 3 - 0 akademia?
Maksudnya akademia tidak mendatangkan manfaat dalam keilmuan dan sumber pengetahuan di peringkat tinggi berbanding dalam industri kerana ahli akademia itu sendiri tak selari dengan kehendak masyarakat, industri. Akademia patut persiapsedia pelajar untuk hadapi industri, bukan sebaliknya.
Masuk universiti kalo free takpe laaa, ni ada yuran laa kawan!
p/s: Gradute school tidak sesuai untuk fresh grad! Elok keje 5-10 tahun, baru sambung belajar.
p/p/s: tiada kaitan dengan mana2 universiti di Malaysia.
Sign up for free to join this conversation on GitHub. Already have an account? Sign in to comment