Skip to content

Instantly share code, notes, and snippets.

@RobbiNespu
Created February 5, 2022 00:42
Show Gist options
  • Save RobbiNespu/83d85503ab386b9c75debf83cf95368d to your computer and use it in GitHub Desktop.
Save RobbiNespu/83d85503ab386b9c75debf83cf95368d to your computer and use it in GitHub Desktop.

Larangan Kepada Operator Radio Amatur(Wednesday, August 17, 2016)

Tahukah anda, radio amatur dilarang untuk membuat broadcasting? Ini bermaksud, radio amatur dilarang dari membuat pemancaran dengan niat supaya isyarat tersebut dapat disampaikan kepada umum termasuk bukan operator radio amatur tidak kira secara lansung atau tidak lansung. Dalam kata lain, radio amatur tidak dibenarkan untuk membuat transmisi satu hala seperti juruhebah.

Radio amatur tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan stesen yang bukan dari kalangan operator radio amatur kecuali jika menjawab panggilan kecemasan. Perlu diingat, panggilan satu hala seperti CQ, QST atau transmisi telemetri bukanlah satu perbuatan broadcast kerana panggilan CQ tersebut adalah berniat untuk memanggil, menyebarkan maklumat kepada mana-mana stesen radio amatur yang ingin menerima isyarat tersebut dan bukan berniat untuk didengari oleh umum. Jika minat anda adalah untuk menjadi juruhebah atau DJ pada gelombang radio, maka radio amatur bukanlah untuk anda. Anda mungkin perlu memohon untuk menjadi DJ di lapangan yang lain. Sebagai contoh, di pasaraya EconSave.

Sama juga dengan muzik, transmisi muzik juga dilarang. Jika anda berniat untuk membuat pemancaran muzik pada gelombang radio maka radio amatur bukanlah tempatnya. Penggunaan kod, sifer atau enkripsi yang beserta dengan niat untuk menyorok maksud sebenar maklumat itu juga dilarang dan radio amatur dilarang sama sekali membuat panggilan palsu seperti contoh panggilan kecemasan palsu atau panggilan dengan menggunakan callsign orang lain.

Radio amatur dilarang menggunakan kata-kata lucah, sumpah seranah atau kata-kata kesat di udara. Oleh itu harus diingat, setiap maklumat seperti nama penuh seseorang operator radio dapat dibaca oleh semua orang dengan hanya mengakses ke pengkalan data radio amatur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sign up for free to join this conversation on GitHub. Already have an account? Sign in to comment