Created
April 21, 2023 16:22
-
-
Save danialothman/e5b5cfb765d0e740178011928404432e to your computer and use it in GitHub Desktop.
using OpenAI-Whisper Speech to Text on "Berita Perdana, 21 April 2023"
This file contains hidden or bidirectional Unicode text that may be interpreted or compiled differently than what appears below. To review, open the file in an editor that reveals hidden Unicode characters.
Learn more about bidirectional Unicode characters
Bersepah dalam berita perdana malam ini, saya Ahmad Nurul Aireen Haji Rani dan Sairafizah Haji Mahmud. Berita-berita utama malam ini. Ke bawah dunia mahamuliah paduka Seri Baginda Sultan dan yang dipertuan negara Brunei Darussalam, berkata menegaskan perjuangan melawan hawa nafsu adalah ujian sebenar bagi umat Islam. Laungan takbir, tahlil dan tahmid bergema di seluruh negara bagi menyambut kedatangan satu syawal. Ke bawah dunia mahamuliah paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Ma'izzatdin Waddawlah Ibni Almarhum, Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Saadul Khairi Waddin, Sultan dan yang dipertuan negara Brunei Darussalam, bertitah menegaskan perjuangan melawan hawa nafsu adalah ujian sebenar bagi umat Islam. Perjuangan tersebut tegas baginda dikehendaki mesti berterusan untuk selama-lama, tidak boleh putus atau terhenti setakat cuma sebulan Ramadan sahaja. Ke bawah dunia mahamuliah menegaskan demikian dalam titah perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 1944-2023 yang disiarkan ke seluruh negara melalui radio dan televisyen. Baginda memulakan titah dengan mengajak umat Islam untuk sama-sama merafakkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dikurniakan nikmat menyambut Hari Raya. Sesungguhnya Hari Raya, titah Baginda adalah detik yang ditunggu-tunggu setelah berjaya melaksanakan kewajipan berpuasa. Inilah kejayaan paling agung, yang namanya kejayaan melawan hawa nafsu. Perjuangan ini tidak boleh putus atau terhenti setakat cuma sebulan Ramadan sahaja. Tetapi perjuangan melawan hawa nafsu dikehendaki mesti berterusan untuk selama-lama. Disinilah ujian sebenar bagi kita umat Islam. Ke bawah Duliya Maha Mulia seterusnya bertitah menegaskan, perjuangan melawan hawa nafsu juga mesti diteruskan ketika merayakan Hari Raya seperti melawan hawa nafsu yang menyuruh membazir dan melawan hawa nafsu yang menyuruh lari daripada ugama ketika merayakan Hari Raya. Kita merayakan Hari Raya tidak sama dengan orang lain merayakan Hari Raya. Kita merayakan Hari Raya tetap terikat kepada ugama. Ketika berhari raya, kita tidak boleh meninggalkan atau terlepas dari kewajipan sembahyang. Ketika berhari raya, kita juga tidak boleh terlalu lalai atau asyik sehingga terjebak kepada dosa. Inilah unik dan sucinya Hari Raya kita. Mula-mula perayaan dibuka ialah dengan takbir, dengan kalimat suci, Allahu Akbar, dan kemudian dengan tahlil, La ilaha illallah, dan ditutup pula sekali lagi dengan Allahu Akbar dan Walillahilhamd. Kemudian kita bergerak ke masjid untuk terus melakukan takbir dan seterusnya sembahyang sunat Hari Raya. Lihatlah betapa suci dan indahnya Hari Raya kita. Bagi Nda Bertita, selesai melakukan takbir dan sembahyang sunat Hari Raya, umat Islam akan bergerak menemui ibu bapa untuk memohonkan kemaafan mereka menemui sanak saudara, sahabat handai, dan kawan-kawan. Semua pertemuan ini berkonsepkan jarah menjerahi yang sangat-sangat digalakkan oleh Islam dan juga satu cara untuk menjalinkan silaturrahim. Saya gembira dengan keadaan dan suasana dalam negara kita yang cukup mengizinkan untuk rakyat dan penduduk dapat menikmati Hari Raya dengan penuh karyangan dan kebahagiaan. Mudah-mudahan keadaan seperti ini akan terus berkekalan hendaknya. Untuk akhirnya, beta dan keluarga beta dengan hati yang jernih putih serta suka cita mengucapkan selamat Hari Raya Aydal Fitri kepada semua lapisan rakyat dan penduduk di mana saja mereka berada. Semoga kita sama-sama di dalam aman sejahtera. Amin. Ya Rabbal Alamin. Masjid Surau dan pala ibadat seluruh negara bergema dengan laungan takbir tahlil dan tahmid. Amin. Pagi menyambut Hari Raya Aydal Fitri. Tumpuan acara diadakan di Masjid Omar Ali Saifuddin di Ibu Negara. Dalam keseronokan meraihkan Aydal Fitri, jangan lupa untuk terus melakukan amal ibadah dan berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan sempurna secara istiqamah. Ikuti bahan beritanya selepas ini. Bulan Ramadan, Al-Mubarak baru saja melabuhkan tirainya. Fajar Syawal akan menyingsing menandakan bermulanya derti yang dinantikan semua Muslimin selepas berpuasa sebulan. Namun benarkah jihad berpuasa itu terkesan dalam sanubari setiap insan? Muhammad Daud Haji Tuah melaporkan. Satu syawal umat Islam di negara ini mula menyambut Hari Raya Aydal Fitri. Umat Islam di negara ini patut bersyukur kehadrat Allah subhanahu wa ta'ala kerana dapat menemui kedua-dua bulan yang masing-masing dengan kemuliaannya. Ramadan adalah terbiah untuk setiap Muslim yang melaluinya kerana natijah terakhir dari Ramadan ialah taqwa seperti difirmankan Allah subhanahu wa ta'ala dalam Al-Quran. Sepanjang Ramadan suasana malam masjid dan surau hidup dan meriah. Tua muda dan kanak-kanak bersama-sama menunaikan sembahyang terawih, sembahyang buitir, bertedarus dan qiyamulail dengan amalan-amalan yang berkebajikan. Puasa merupakan sebuah saranan pendidikan rohani yang mengajar masyarakatnya agar selalu berwaspada terhadap pengaruh hawa nafsu dan terpacu dalam kebaikan. Ramadan bulan yang penuh keberkatan dan keampunan mendidik umat Islam menjadi seorang penyabar, berjimat cermat, berada baik dan pelbagai sifat mahmudah lain. Ramadan Karim telah melahirkan sifat-sifat terpuji dalam masyarakat seperti pemurah dan dermawan serta keprihatinan terhadap tanggungjawab sosial lainnya. Sumbangan-sumbangan derma datang mencurah-curah dan pelbagai bentuk bantuan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan supaya mereka merasa nikmat berpuasa dan berhari raya dengan kegembiraan. Kini Ramadan berlalu namun kesan terbiah seharusnya masih berbekas pada setiap jiwa muslimin. Sesungguhnya Ramadan bulan melatih diri yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan yang akan diteruskan pada bulan seterusnya. Kita berdoa agar kita akan sentiasa terus berikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan-Ramadan yang akan datang dan berazam untuk melakukan ataupun mengisikan, mengaimarahkan Ramadan yang akan datang dengan sebaik-baiknya. Kerana kita mungkin merasakan kita masih ada kekurangan sepanjang Ramadan ini. Saya merasa sangat terharulah atas kepergian bulan Ramadan yang sangat ditunggu-tunggu di Umat Islam ini. Mudah-mudahan insyaAllah di tahun depan kita akan dapat sama-sama juga mendapatkan lagi bulan Ramadan al-Mubarak. Saya ingin bertemu dengan malam Ramadan pada tahun yang akan datang dan seterusnya kerana malam Ramadan ini adalah malam yang paling terbaik untuk kita ni daripada malam-malam hari-hari biasa. Sangat sedih kerana pahalanya berlipat kali ganda daripada bulan yang lain dan sangat sedih untuk meninggalkan. Saya sendiri berharap semoga kami semua sekali, kita semua sekali dapat bertemu lagi bulan Ramadan yang akan datang. Syawal yang kita lalui kini perlu dihargai kerana ia mampu menjadi medan istiqamah amalan yang berpanjangan. Hati yang dibeluti dengan semangat Ramadan yang tebal mampu menggambit syawal yang penuh iltizam agar menjadi pemangkin untuk terus menjana amalan salih. Semoga syawal membawa pengertian mendalam ke atas jiwa setiap insan yang berjaya menamatkan ujian Ramadan. Laporan Muhammad Daud Haji Tuah untuk Berita RTB. Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam setelah berjaya melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Umat Islam meraihkan dan menyambut Aidilfitri dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Oleh itu, dalam keseronokan dan kegembiraan kita meraihkan dan menyambut Aidilfitri ini, janganlah sampai kita lupa untuk terus melakukan amal ibadah dan berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan sempurna secara istiqamah, iaitu secara berterusan untuk menjadi orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Istiqamah yang dimaksudkan itu ialah berdiri teguh di atas jalan yang lurus, berpegang kukuh kepada akidah Islam dan melaksanakan syariatnya dengan tekun, tidak berubah dan tidak berpaling dalam apa juga keadaan sekalipun. Perkara tersebut antara intipati khutbah Jumaat hari ini yang bertajuk istiqamah dalam mengerjakan amal ibadah. Adapun dalam kita beristiqamah, walaupun dengan amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih efdol atau lebih baik daripada melakukan amalan yang banyak tetapi hanya sekali-sekala. Ugamah kita menuntut umatnya untuk sentiasa beristiqamah dalam melakukan amal kebajikan. Oleh itu, apa yang kita amalkan dan kerjakan di sepanjang bulan Ramadan, seperti mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat, bertedarus, berzikir, berdoa, beriaktikaf, bersodakah dan seumpamanya, semua itu hendaklah diteruskan dan diamalkan di bulan-bulan yang lain untuk menjadi pembakar semangat supaya kita terus berusaha meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT. Janganlah setelah kita berjuang berhabis-habisan di bulan Ramadan untuk meraih ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Tetapi apabila kita memasuki bulan syawal dan bulan-bulan yang lain, kita kembali untuk melakukan dosa dan maksiat di dalamnya. 17 orang anak yatim dan keluarga yang kurang berkemampuan dari Kampung Bukit dan Kampung Longmayan, daerah Tutom, menerima sumbangan dalam majlis penyampaian derma. Majlis berlangsung di Masjid Kampung Bukit. Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Zohor berjumat, diikuti dengan sembahyang sunat Gerhana Matahari. Penyampaian sumbangan derma disempurnakan oleh ahli-ahli majlis Mesyuarat Negara. Ini merupakan salah satu program amal ahli-ahli majlis Mesyuarat Negara sempena bulan Ramadan untuk bersama-sama berbagi rezeki di bulan mulia ini. Majlis Perudingan Kampung Tanjung Nangka dengan gabungan jemaah Muslimah Kampung Tanjung Nangka dan Syarikat Kerjasama Kampung Tanjung Nangka, Satenaga, lewat petang kelemarin, mengadakan majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil. Majlis diadakan di Dewan Satenaga, Kampung Tanjung Nangka. Acara dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah beramai-ramai, juga diselajurkan penyampaian sumbangan derma kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim. Sumbangan derma ini diharap dapat memberi keceriaan kepada mereka, sekaligus meringankan beban golongan yang memerlukan. Indeks harga pengguna IHP bagi bulan Februari 2023 meningkat sebanyak 0.5% bulan ke bulan berbanding bulan Januari 2023. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga makanan dan minuman ringan dan harga bukan makanan masing-masing sebanyak 0.5%. Bagi perubahan tahun ke tahun, IHP meningkat sebanyak 1.2% berbanding dengan bulan Februari 2022. Peningkatan ini didorong oleh peningkatan harga makanan dan minuman ringan dan harga bukan makanan masing-masing sebanyak 4.5% dan 0.3%. Peningkatan harga bukan makanan pula didorong oleh restoran dan hotel 4.2%, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain 1.3% dan pelbagai barangan dan perkhidmatan 1.3%. Kenaikan harga restoran dan hotel disebabkan oleh kenaikan harga perkhidmatan catering berkontrak. Laporan penuh IHP bagi bulan Februari 2023 boleh didapati di laman sesawang JPES melalui www.deps.movi.gov.bn. Hidangan ayam tajaw adalah salah satu makanan yang menjadi pilihan sebagai menu juada bersungkai dan lebih-lebih lagi menjadi pilihan untuk hidangan semasa Hari Raya Aidilfitri. Apa yang istimewa mengenai hidangan ayam tajaw yang diusahakan oleh Dayang Nuriyah binti Haji Jaqir bersama anak-anak serta keluarga yang berjaja di gerai Ramadan Tutong ini ialah sentuhan hidangan tersebut diilhamkan oleh Allahirham suami beliau. Dikenali sebagai ayam tajaw Brunei, masih mengekalkan kaedah tradisional dari awal penyediaan bahan sehingga proses pembakarannya iaitu menggunakan hal berarang. Ayam-ayam segar yang telah dibersihkan diperap dengan rempah ratus tradisional dan dibiarkan semalaman agar perapan ayam berkenaan cukup sebati sebelum dibakar di dalam tajaw-tajaw khas. Dayang Nuriyah melahirkan rasa syukur kerana ayam tajaw masih diminati dan menjadi pilihan sebagai juadah. Malah para pelanggan tetapnya sudah membuat tempahan lebih awal untuk majlis-majlis rumah terbuka sebagai pilihan juadah di hari lebaran. Ayam-ayam berasal dari kawasan Kuala Lumpur, dan dikenali sebagai ayam-ayam yang paling dikenali di seluruh dunia. Ayam-ayam ini dikenali sebagai ayam yang paling dikenali di seluruh dunia. Kami masih mengekalkan resepi tradisional Melayu, liar ketan, liar Brunei. Alhamdulillah, indah-indah berkurang. Pada masa ini, kami masih mencari pelanggan yang lebih baik. Mereka juga menikmati kekecewaan yang kami berikan kepada mereka. Saya rasa bersyukur dan bangga kerana ayam tajaw masih diminati. Walaupun ia berasal dari tahun 2013, kami masih menukar resipi dan bahan-bahan. Sambutan yang cukup menggalakkan bukan hanya dalam kalangan penduduk di daerah tutong, malah turut diminati oleh pelanggan-pelanggan dari luar daerah. Saya rasa ia unik kerana ia dimasak dalam tajaw. Ia tidak sering dimasak, jadi ia dimasak dengan salai. Masakannya juga baik. Teksturnya baik dan nyaman. Ia dimasak dengan sos kecap. Saya suka teksturnya. Ia lembut dan rasanya unik. Ia sama seperti ayam golek lain. Kerana keluarga saya juga suka. Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan berlaku di kawasan Jalan Tutong, Kampung Kilanas, daerah Brunei Muara, Kelmarin, sekitar pukul 9.25 pagi. Menurut kenyataan dari pasukan polis di Raja Brunei, motosikal berkenaan terbakar keseluruhannya dan penunggangnya mendapat kecederaan. Pada ketika ini, pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui punca sebenar kejadian. Pusat swab kompleksukan SPOC di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Soleha akan ditutup sepenuhnya mulai 1 Mei 2023 dan perkhidmatan swab ini akan dipindahkan ke Pusat Kesehatan Berakas. Kementerian Kesehatan dalam kenyataan media menjelaskan, waktu operasi bagi perkhidmatan swab di Pusat Kesehatan Berakas adalah seperti berikut. Perkhidmatan swab ini hanya diberikan kepada individu ART positif yang dijemput untuk menjalani swab bagi tujuan genomic testing dan mana-mana warga tempatan yang memerlukan ujian PCR bagi memenuhi syarat kemasukan sesebuah negara yang menghendakinya. Bagi sebarang maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Kesehatan www.moh.gov.bn atau melalui media sosial rasmi Kementerian at Moh Brunei atau menghubungi talian darussalam 123. Liga Perdana Singapura Brunei DPMM FC meneruskan saingan liga semalam menentang Tampines Rovers FC di Stadium Jalan Besar Singapura yang menyaksikan Tampines meraih 3 mata penuh dengan kemenangan 2-0. Gol-gol Tampines diperoleh pada minit ke-8 hasil rembatan Yu and Ong dan selang 2 minit kemudian melalui Mohd Yasser Hanafi. DPMM FC hampir merapatkan jurang gol pada minit ke-67 namun tandukan Joseph Ballek hanya singgah di palang lawan. Dan pada minit ke-90 DPMM FC dihadiahkan sepakan penalti namun gagal disempurnakan setelah sepakan Andrii Voronkov tidak menepati sasaran. Kedudukan Tampines Rovers FC 2 Brunei DPMM FC 0 itu kekal sehingga kewisil penaman. Sukan Si ke-32 Kemboja bakal menyaksikan penampilan pasukan badminton dalam kontenjen negara Brunei Darussalam di Phnom Penh bulan depan. Pasukan badminton negara ke sukan Si Kemboja pada ketika ini giat membuat persiapan terakhir dan kini berada di bawah sesi latihan intensif. Sukan badminton negara bakal menyaksikan penglibatan 4 atlet lelaki dan 2 atlet wanita yang akan bersaing bagi acara berpasukan. Mengenai dengan persiapan atlet-atlet yang terpilih telah menjalani latihan sejak awal bulan Februari lagi di mana pada ketika itu latihan secara dalam negeri. Dengan bantuan daripada pihak persatuan badminton kebangsaan Brunei telah mendatangkan seorang jurulatih bantuan daripada Indonesia iaitu Coach Mohd. Andy Ardiancah bagi persiapan yang rapi membuat plan khusus bagi 6 atlet ini bagi menyertai kejohanan si game yang akan datang. Atlet badminton negara bakal memulakan saingan acara berpasukan bermula 8 Mei hingga 10 Mei. Selamat maju jaya buat skuad badminton negara. |
Sign up for free
to join this conversation on GitHub.
Already have an account?
Sign in to comment