Docker adalah service dalam server manakala podman pula bukan service. Perbezaan antara Docker dan Podman dalam situasi ini ialah apabila kita reboot server.
Bila kita guna Docker, semua container yang run sebelum reboot akan run balik bila kita reboot server dan service docker kembali running. Tapi ini tak berlaku bila kita guna podman sebab podman bukanlah service.
Oleh itu, kita kena jadikan podman sebagai service.
Caranya:
# generate service script
podman generate systemd --new --name [nama-container] > /etc/systemd/system/[nama-service].service
# reload systemd daemon
sudo systemctl daemon-reload
# check service script
systemctl list-unit-files | grep [nama-service]
# check status
systemctl status [nama-service]
# enable service
systemctl enable [nama-service]
# start service
systemctl start [nama-service]
# tengok podman kita tu dah run ke tak
podman ps
Lepas tu bolehlah reboot server dan tengok service podman tu akan up balik secara auto.