MySQL akan membuat carian baris demi baris setiap kali kita membuat carian menggunakan arahan WHERE
. Masa untuk carian ini akan menjadi lebih panjang setelah jadual kita menjadi semakin besar dan data semakin banyak.
Fungsi indeks digunakan untuk mengurangkan masa carian dan mengelakkan MySQL daripada membuat carian keseluruh baris dalam jadual (full table scan) kerana ianya akan memakan masa, memori dan pemprosesan yang tinggi.
Indeks akan mengambil data daripada kolum di jadual anda, menyusun semula mengikut susuan huruf atau nombor secara menaik mengikut jenis data.
MySQL akan membuat carian pada indeks terlebih dahulu, kemudian barulah ia mengambil baris yang spesifik pada jadual sebenar. Baris yang lain, diabaikan